Friday 20 November 2015

Filled Under:

RESEPI TEH 3 LAYER



Teh 3 Layer ini semakin popular di Malaysia. Setiap kali ke kedai makan pastinya ada segelintir masyarakat yang akan membuat pesanan teh ini kerana rasanya seakan-akan air cendol. 

Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.

Bahan-bahan

200 ml susu cair
Ais secukupnya

Bahan Air Teh

200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan


  • Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
  • Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
  • Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
  • Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
  • Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.




0 comments:

Post a Comment